Pengenalan Koridor Pembangunan Nusa Bestari
Hi..ini adalah entry pertama bagi jurnal ini. Koridor yang akan dibangunkan berdasarkan region Fairview yang telah siap ada didalam file. Setiap bandar yang akan dibanngunkan akan diberi penumpuan kepada NBKEA (Nusa Bestari Key Economic Area) yang menumpukan kepada sektor perkhidmatan, peindustrian berteknologi tinggi, pertanian dan kawasan residen. Setiap NBKEA akan dilebel mengikut Node koridor pembangunan contohnya:
Node A- NBKEA Perkhidmatan Node B- NBKEA Perindustrian Berteknologi TinggiNode C- NBKEA Pertanian Node D- NBKEA Residen
Setiap node NBKEA akan menumpukan sektor ekonomi masing-masing seterusnya bergantung antara satu sama lain. Akan dibangunkan didalam koridor ini sistem jaringan lebuhraya dan jalan raya atau dikenali sebagai NBRoHS (Nusa Bestari Road and Highway System) yang akan merangkumi jaringan hubungan jalan tempatan, jalan hubungan antara node, lebuhraya bandar (urban expressway), lebuhraya antara node, dan jalan lingkaran. Semua jenis jalan akan dihubungkan bagi mengintegrasikan jaringan jalan raya bagi memudahkan capaian antara node dan mendorong pembangunan node dengan cepat dan efisyen. Setiap jalan raya dan lebuhraya akan menggunakan kod jalan raya tersendiri bagi memudahkan pengcaman dan kerja penyelenggaraan. Sebagai contohnya:
- JTA1 - Jalan Tempatan A1( huruf A merujuk kepada node A)
- JNAB1 - Jalan antara Node AB1 ( huruf A dan B merujuk kepada jalan antara node A dan B)
- LBA1 - Lebuhraya Bandar A1 ( huruf A merujuk kepada node A)
- LNAB1 - Lebuhraya antara Node A1 ( huruf A dan B merujuk kepada lebuhraya antara node A dan B)
- JLA1 - Jalan Lingkaran A1 ( huruf A merujuk kepada node A)
Dari masa ke semasa, NBRoHS akan dipertingkatkan dari segi kod dan jenis hubungan. Sistem pengankutan awam turut diperkenalkan masa memendekkan masa perhubungan antara node. Ia akan diuruskan dibawah seliaan NBRT (Nusa Bestari Rapid Transit) yang akan merangkumi perkhidmatan bas, rel, metro dan feri penumpang. Semua jenis pengangkutan ini akan diintegrasikan bagi memudahkan perhubungan antara pengangkutan tersebut.
Setakat ini sahaja pengenalan Koridor Pembangunan Nusa Bestari (NCDC). Nantikan perjalanan pembangunan di jurnal akan datang. =D


4 Comments
Recommended Comments
Sign In or register to comment...
To comment in reply, you must be a community member
Sign In
Already have an account? Sign in here.
Sign In NowCreate an Account
Sign up to join our friendly community. It's easy!
Register a New Account